Wednesday, January 6, 2010

SEMESTER YANG BARU...BERMULA KEMBALI.

Selamat sejahtera kpd korang sume....hm..ape2 pn...tak trlalu lwat rsanye nk ucpkan slamat tahun baru kpd korang yg mngenali diri khasnya seluruh warga Kolej Pengurusan Astin. Di kesempatan ini, sye sbgai wkil Majlis Perwakilan Pelajar KPA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd seluruh warga KPA kerana telah memberikan kerjasama dan juga komitmen yg amat membanggakan sepnjang semster satu yg lalu. Tanpa korang spe la ktorang ni...
kpd sme MPP pla...syabas krna tlah bri kan yg 'baek punya' pda sem lpas....program yg korang jlnkan mmang best2 smenye...sye pn turut sma brbangga krana usaha yg di bri kan bleh dkatakan 200%!!!!! tahniah juga kpd exco kesenian dan kebudayaan,exco sukan dan rekreasi, exco kebajikan dan sosial kerana tlah mmbuatkan smester lalau lebih mnarik dngan program2 yg mmberikan pengisian penting trutamanya dalam soal perpaduan sesama insan. Ini adalah selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia yg kini mnjadi satu wadah yg amat kerap digunakan dlm mndekatkn diri kpd msyrakat skeliling demi kepentingan yg positif. Kami di MPP juga tlah berusaha dlm mnerapkan bdaya 1 Malaysia itu dlm persekitaran KPA agr perpaduan itu lebih utuh.
Kepada seluruh warga KPA khususnya plajar KPA, tahniah kepada yg berjaya dlm peperiksaan akhir smester yg lalu..kepada yg tdak brjaya, jdikan ia sbagai satu pengajaran dlm memotivasikan diri mnuju masa depan yg lebih gemilang.
Akhir kata...semoga tujuan kita dtang ke KPA tdak tersasar dn akn terus mnuju puncak kejayaan kelak.
-exco penerangan dan publisiti....

Monday, September 21, 2009

MENGORAK LANGKAH

Tidak dinafikan bahawa jaringan sosial itu sangat penting dalam kehidupan manusia pada zaman sekarang. Dalam menghadapi era globalisasi yang kian memberikan impak serta menunjukkan dampak yang jelas khasnya pada masyarakat sekeliling, manusia tidak juga lupa akan kepentingan jaringan sosial itu. Pada asasnya manusia memerlukan teman. Tidak kira teman untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun sekadar sebagai teman untuk berbual, manusia memerlukan orang lain untuk terus berkomunikasi. Dengan penggunaan internet semuanya hanyalah di hujung jari.
Dengan itu, saya selaku Exco Penerangan dan Publisiti telah mewujudkan 'GROUP MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASTIN' di laman sosial seperti TAGGED, FACEBOOK, dan FRIENDSTER sebagai wadah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dikalangan pelajar serta seluruh warga KOLEJ PENGURUSAN ASTIN. Diharapkan ruangan tersebut digunakan sebaiknya oleh pelajar untuk menyatakan sebarang ketidakpuasan hati serta isu yang berkaitan. Kenyataan anda akan dianggap sebagai satu peluang bagi MPP untuk memajukan kolej serta benar-benar menjadi suara kepada pelajar.
MPP akan menggunakan apa sahaja saluran supaya hasrat MPP untuk menjadi wakil kepada pelajar itu tercapai. Anggaplah MPP itu sebagai rakan anda yang boleh diharap bagi menyatakan suara anda kepada kolej. Wujudnya MPP adalah kerana pelajar. Apalah maknanya MPP itu jika tidak ada pelajar.
Harapan saya yang bertugas sebagai MPP adalah melihat pelajar berani menyuarakan pendapat mereka dan menjadikan MPP sebagai rakan mereka yang boleh dipercayai.MPP juga adalah pelajar seperti anda semua dan MPP juga inginkan yang terbaik untuk anda dan kolej.
MPP adalah suara, dan pelajar adalah kebanggaan kami. Tanpa pelajar siapalah MPP.
sekian.

Sunday, September 13, 2009

KEPIMPINAN YANG MAPAN...

Mengikuti kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak kolej seminggu yang lalu sememangnya suatu pengalaman yang terbaik pernah saya alami. Selama ini saya tidak pernah mengikuti apa-apa kursus yang berkaitan dengan kepimpinan. Bagi saya program seperti ini adalah pemangkin kepada peningkatan nilai sifat kepimpinan yang ada pada diri seseorang itu.
Saya dahulunya adalah seorang yang pemalu. Jarang bergaul dengan orang lain dan hanya duduk memerap diri di rumah. Mengikuti kursus kepimpinan ini, sedikit sebanyak telah merubah diri saya kepada seorang individu yang lebih berkeyakinan pada diri sendiri serta lebih optimis terhadap orang lain.
Pengalaman yang diperolehi daripada program ini ibarat permata yang jatuh ke riba. Adalah satu kerugian jika seseorang itu menolak atau mengelak daripada menyertai program seumpama ini. Sesi yang disediakan untuk peserta program ini membuatkan peserta menggunakan segala kebolehan dan menyerlahkan sifat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Daripada peringkat tersebut, seseorang individu itu dapat menghakis sikap malu yang ada pada diri mereka dan membuang persepsi negatif terhadap orang lain.
Memulakan tugas sebagai MPP selepas mengikuti kursus tersebut membuatkan saya lebih bersemangat dalam menjalankan tugas. Saya juga lebih faham akan bidang tugas serta tugas hakiki jawatan yang disandang. Kini saya menjalankan tugas dengan lebih bersistematik dan lebih memberi perhatian dalam mendengar isu yang timbul di kolej. Program seumpama ini seharusnya diteruskan dari masa ke semasa bagi menjamin pelapis pemimpin akan datang serta mewujudkan sebuah institusi pengajian yang menekankan aspek kepimpinan di kalangan pelajarnya.

Wednesday, September 2, 2009

ILTIZAM Kini Bermula...

Lega rasanya kerana saya telah menyiapkan buletin kolej untuk bilangan yang pertama ini. Sejak dari mula saya menyandang jawatan sebagai Exco Penerangan dan Publisiti ini saya telah mula merangka akan rancangan saya untuk semester ini. Saya tertarik dengan idea seorang rakan yang mencadangkan untuk menerbitkan buletin kolej. Rasanya, saya juga sependapat dengan beliau bahawa bahan informasi untuk pelajar di kolej kami itu masih kurang. Tidak mencukupi dengan hanya menampal memo di papan kenyataan PHEP sahaja.
Saya bermesyuarat dengan ahli exco saya sebulan sebelum penerbitan pertama. Mereka memberikan kerjasama yang amat baik dan ingin mengambil bahagian dalam projek yang kami gelar sebagai PROJEK ILTIZAM ini. ILTIZAM ini diilhamkan oleh seorang rakan yang selalu membantu saya dalam urusan MPP. ILTIZAM didefinisikan sebagai bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara, budaya suka membaca dan keyakinan teguh pada sesuatu perkara yang dipercayai.
Pada awal perjalanan projek ini, saya menghadapi pelbagai masalah terutamanya dari segi bahan yang ingin disampaikan serta imej ILTIZAM itu sendiri. Saya telah berjumpa dengan pengarah PHEP bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung dengan projek ini. Beliau mencadangkan bahan-bahan yang sesuai untuk dirangkumkan dalam ILTIZAM ini nanti. Pada pertengahan projek ini, saya telah siap mengumpulkan bahan yang diingini dan telah menunjukkan pada rakan-rakan terdekat sahaja. Mereka telah memberikan komen yang positif terhadap projek ini. Akhirnya, saya telah menyediakan kertas kerja dan telah menyerahkannya kepada pengarah PHEP. Beliau telah meluluskan bajet projek ini dan menasihatkan saya dalam beberapa perkara yang harus diperbaiki pada keluaran hadapan nanti.
Saya telah mencetak buletin ini sehari selepas bajet projek ini diluluskan. Saya telah mengagihkan buletin ini di setiap hostel yang dimiliki oleh kolej. Respon yang saya terima daripada pelajar kolej adalah sangat positif dan ini mengukuhkan semangat saya untuk meneruskan projek ini di masa akan datang.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang menyokong pembabitan saya di dalam MPP selama ini, kepada Azmil, Angah, Norsham dan juga semua MPP yang membantu saya dalam projek ini, tidak lupa kepada pengarah PHEP En. Mohd. Faudzi b. Zainal Abidin yang tidak putus-putus memberi nasihat. Teguran yang mereka beri kepada saya akan saya jadikan pengajaran untuk memantapkan lagi diri saya sendiri. Terima kasih