Mengikuti kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak kolej seminggu yang lalu sememangnya suatu pengalaman yang terbaik pernah saya alami. Selama ini saya tidak pernah mengikuti apa-apa kursus yang berkaitan dengan kepimpinan. Bagi saya program seperti ini adalah pemangkin kepada peningkatan nilai sifat kepimpinan yang ada pada diri seseorang itu.
Saya dahulunya adalah seorang yang pemalu. Jarang bergaul dengan orang lain dan hanya duduk memerap diri di rumah. Mengikuti kursus kepimpinan ini, sedikit sebanyak telah merubah diri saya kepada seorang individu yang lebih berkeyakinan pada diri sendiri serta lebih optimis terhadap orang lain.
Pengalaman yang diperolehi daripada program ini ibarat permata yang jatuh ke riba. Adalah satu kerugian jika seseorang itu menolak atau mengelak daripada menyertai program seumpama ini. Sesi yang disediakan untuk peserta program ini membuatkan peserta menggunakan segala kebolehan dan menyerlahkan sifat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Daripada peringkat tersebut, seseorang individu itu dapat menghakis sikap malu yang ada pada diri mereka dan membuang persepsi negatif terhadap orang lain.
Memulakan tugas sebagai MPP selepas mengikuti kursus tersebut membuatkan saya lebih bersemangat dalam menjalankan tugas. Saya juga lebih faham akan bidang tugas serta tugas hakiki jawatan yang disandang. Kini saya menjalankan tugas dengan lebih bersistematik dan lebih memberi perhatian dalam mendengar isu yang timbul di kolej. Program seumpama ini seharusnya diteruskan dari masa ke semasa bagi menjamin pelapis pemimpin akan datang serta mewujudkan sebuah institusi pengajian yang menekankan aspek kepimpinan di kalangan pelajarnya.
Sunday, September 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment