Monday, September 21, 2009

MENGORAK LANGKAH

Tidak dinafikan bahawa jaringan sosial itu sangat penting dalam kehidupan manusia pada zaman sekarang. Dalam menghadapi era globalisasi yang kian memberikan impak serta menunjukkan dampak yang jelas khasnya pada masyarakat sekeliling, manusia tidak juga lupa akan kepentingan jaringan sosial itu. Pada asasnya manusia memerlukan teman. Tidak kira teman untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun sekadar sebagai teman untuk berbual, manusia memerlukan orang lain untuk terus berkomunikasi. Dengan penggunaan internet semuanya hanyalah di hujung jari.
Dengan itu, saya selaku Exco Penerangan dan Publisiti telah mewujudkan 'GROUP MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASTIN' di laman sosial seperti TAGGED, FACEBOOK, dan FRIENDSTER sebagai wadah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dikalangan pelajar serta seluruh warga KOLEJ PENGURUSAN ASTIN. Diharapkan ruangan tersebut digunakan sebaiknya oleh pelajar untuk menyatakan sebarang ketidakpuasan hati serta isu yang berkaitan. Kenyataan anda akan dianggap sebagai satu peluang bagi MPP untuk memajukan kolej serta benar-benar menjadi suara kepada pelajar.
MPP akan menggunakan apa sahaja saluran supaya hasrat MPP untuk menjadi wakil kepada pelajar itu tercapai. Anggaplah MPP itu sebagai rakan anda yang boleh diharap bagi menyatakan suara anda kepada kolej. Wujudnya MPP adalah kerana pelajar. Apalah maknanya MPP itu jika tidak ada pelajar.
Harapan saya yang bertugas sebagai MPP adalah melihat pelajar berani menyuarakan pendapat mereka dan menjadikan MPP sebagai rakan mereka yang boleh dipercayai.MPP juga adalah pelajar seperti anda semua dan MPP juga inginkan yang terbaik untuk anda dan kolej.
MPP adalah suara, dan pelajar adalah kebanggaan kami. Tanpa pelajar siapalah MPP.
sekian.

No comments:

Post a Comment